Khamis, 3 Januari 2013

TUJUAN KESATUAN DI TEMPAT KERJA


Tujuan Kesatuan ini ialah untuk :-

1) Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah
Peraturan 3 (1) sebagai anggota Kesatuan dan memajukan
kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan,
kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

2) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi
maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik dan
harmoni, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta
mengekalkan bagi anggota-anggotanya keselamatan pekerjaan,
sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat  pekerjaan
yang berpatutan.

3) Mengatur perhubungan di antara anggota dengan anggota atau
diantara anggota-anggota dengan pekerja-pekerja lain, diantara
anggota dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara
pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang
perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman
dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut
Peraturan 26 atau Peraturan 27.

4) Memajukan kebajikan anggota-anggota Kesatuan dari segi sosial,
ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-
undang.

5) Memberi bantuan guaman kepada anggota-anggota berhubung
dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.


6) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau
semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.

7) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan
sebagainya untuk faedah anggota-anggota Kesatuan khasnya dan
para pekerja amnya.

8) Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak,
menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau
penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau
untuk kepentingan anggota-anggota Kesatuan jika dipersetujui oleh
Majlis Jawatankuasa Kerja.

9) Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan
peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal
tabung itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.

10) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja
yang sah di sisi undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan