Sabtu, 5 Januari 2013

APA ITU KESATUAN

Kapitalisme

... Dalam masyarakat kapitalis, kaum kapitalis (pemodal /majikan), memiliki alat-alat pengeluaran seperti tanah, kilang-kilang, alat-alat jentera, perkakas dan lain-lain.

Oleh sebab pekerja-pekerja tidak memiliki harta,maka mereka terpaksa menjual tenaga kepada kapitalis untuk mendapatkan gaji dan meneruskan hidup. Ini juga telah memaksa pekerja-pekerja bersaing di antara mereka untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan mereka.

Kapitalisme didorong oleh tujuan keuntungan. Iaitu, pihak kapitalis hanya berminat mendapatkan keuntungan dengan membayar kepada pekerja-pekerja dengan kadar gaji yang rendah. Gaji ini lebih rendah daripada nilai yang sepatutnya dari apa yang dihasilkan para pekerja.

Jadi, demi menjaga keuntungan maksima para pemodal, kita sering mendapati bahawa terdapat pertentangan di bawah kapitalisme. Pertentangan ini berlaku di antara dua pihak, iaitu pihak pemodal/kapitalis dan para pekerja. Kapitalis inginkan lebih keuntungan dan sebaliknya pada pekerja hanya mahukan gaji yang mencukupi supaya mereka boleh terus hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan