Kesatuan adalah terdiri dari para pekerja yang secara bersama berunding dengan majikan mengenai upah/gaji dan kondisi perkerjaan tidak dengan berunding secara individu dengan mereka. Memandangkan mereka bersuara bagi pihak semua orang maka kesatuan biasanya mendapat faedah yang lebih baik bagi setiap pekerja berbanding dengan seorang pekerja secara individu berhujah dengan majik...annya.
Di Malaysia, konsep kekuatan perpaduan ini wujud pada akhir tahun 1900. Melalui tindakan secara kolektif, para pekerja membentuk persatuan atau guild dan kemudiannya kesatuannya untuk menyuarakan tuntutan mereka dalam menentukan upah, masa bekerja, kondisi kerja dan banyak lagi masalah yang timbul di tempat kerja.
Akan tetapi dengan hanya membentuk kesatuan ianya tidak menyelesaikan semua masalah mereka. Maka nya hingga ke hari ini kita masih meneruskan perjuangan untuk memperbaiki lagi perjanjian-perjanjian dan undang-undang.
Tuntutan asas Kesatuan Buruh Am pada tahun 1945 ialah:
1) Penghapusan kontrak pengajian
2) Lapan jam sehari dan enam hari seminggu
3) Upah yang sama bagi lelaki dan perempuan dan di antara kumpulan etnik
4) Insurans sosial dan pampasan
Hampir 100 tahun telah berlalu. Para pekerja menubuhkan kesatuan untuk membolehkan mereka bersuara di atas banyak masalah yang timbul di tempat kerja mereka. Usaha kesatuan untuk mendapatkan pengiktirafan adalah tidak banyak diketahui, akan tetapi ianya merupakan bahagian penting dalam sejarah kita, yang melibatkan pergorbanan dan perjuangan yang sangat pahit sebelum prinsip-prinsip perundigan kolektif diterima oleh industri utama dan menjadi sebahagian dari masyarakat Malaysia. Dari segi sejarahnya para pemilik industri berpendapat bahawa memandangkan yang mereka secara mutlak berhak menentukan kondisi pekerjaan. Hingga ke hari ini,masih terdapat lagi mereka yang berfikir sedemikian.
Sebelum kesatuan memasuki tempat kerja, dasar ‘pintu terbuka” pihak pengurusan sering wujud.Pekerja-pekerja digalakkan untuk membawa masalah mereka terus kepada bos. Mereka yang yakin serta percaya dengan prosedur ini biasanya keluar tidak hanya dari pintu yang sama akan tetapi keluar dari kilang/tempat kerja yang sama.
Tempat kerja yang efektif di dalam kesatuan bermaksud bahawa pekerja-pekerja mempunyai hak untuk menyuarakan sesuatu melalui organisasinya, jika mereka rasa bahawa mereka telah tidak dilayan dengan adil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan