Sabtu, 5 Januari 2013

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

- Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
- Peranan dan Fungsi Pekerjaan
- Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

... - Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

- Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

- Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

- Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
- Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda
- Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
- Merasa seronok bekerja

2) Rancang Kerja Anda
- Kendali masa anda dengan bijak
- Beri keutamaan pada kerja yang penting
- Jangan bertangguh
- Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
- Mengagihkan kerja dengan baik

3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
- Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
- Ambil tindakan secara wajar

4) Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
- Rancang perubahan secara teratur

5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

- Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
- Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja anda

6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
- Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

7) Amalkan cara Hidup Sihat
- Luangkan masa untuk beribadah
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Bersenam selalu
- Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
- Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan