Para Pemodal akan pergi ke mana sahaja di mana mereka boleh membuat keuntungan yang besar.Oleh itu, kesatuan-kesatuan sekerja hendaklah membentuk kesatuan kebangsaan untuk mewakili para pkerja yang terdapat diseluruh tanahair. Kesatuan kebangsaan hendaklah membentuk struktur di peringkat local wilayah.
Perlembagaan kesatuan hendaklah menyatakan dengan jelas bagaimana struktur ini boleh berfungsi. Hendaklah ada peraturan mengenai struktur ini. Setiap polisi hendaklah menjadi panduan kepada kesatuan. Ianya hendaklah menjelaskan bagaimana kesatuan dapat mencapai objektifnya. Anggota-anggota membuat polisi dengan memberi mandat kepada para perwakilan di mesyuarat agong atau dalam persidangan perwakilan atau dalam mesyuarat exco.
Kesatuan kebangsaan atau kesatuan –kesatuan industri yang besar boleh mempengaruhi industri yang mereka organisir. Mereka boleh membuat tuntutan bagi latihan, pekerjaan dan jaminan –jaminan pekerjaan bagi anggota-anggotanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan