Kuasa yang paling besar ada pada kaum pekerja ialah kuasa kita menjalankan kerja pengeluaran. Jika kita enggan melakukan kerja pengeluaran, maka tidak adalah pegeluaran yag dapat dihasilkan untuk keuntungan pihak kapitalis. Justeru itu, inilah kuasa permogokan. Ia adalah satu tindakan perindustrian yang sangat berkesan. Tetapi ia hanya dapat dijalankan apabila kita boleh mengelakkan para pengacau agar yang tidak menyertai permogokan.
Justeru itu, mogok aadalah jenis tindakan tertinggi yang boleh dilancarkan oleh pekerja di tempat kerja untuk menyokong tuntutan ekonomi mereka. Mogok melumpuhkan dan menghentikan pengeluaran, dan boleh memaksa kapitalis tunduk kepada tuntutan pekerja.
Terdapat dua jenis mogok di tempat kerja dan mogok umum atau hartal:
1. Mogok di tempat kerja melibatkan pekerja di satu tempat kerja, tetapi secara tidak langsung, juga melibatkan pembekal bahan mentah dan pembeli barang siap.
2. Mogok umum bermaksud pemberhentian kerja secara serentak untuk mencapai tuntutan bersama – yang melibatkan banyak kesatuan, banyak tempat kerja sejenis industri, satu atau beberapa kawasan perindustrian atau mungkin seluruh negara. Mogok umum merupakan senjata paling berkesan bukan sahaja untuk mencapai tuntutan ekonomi, tetapi juga untuk menyokong tuntutan yang melibatkan isu negara. Mogok yang diselaraskan di suatu jenis industri ataupun suatu syarikat gergasi boleh membawa kepada mogok umum di seluruh negara.
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tindakan perindustrian yang lain seperti:
1. Surat RayuanSurat rayuan merupakan senarai tuntutan yang ditandatangani oleh pekerja (senarai mungkin) dan dihantar kepada pihak majikan atau pejabat kerajaan berkenaan. Tindakan demikian tidak memberi kesan langsung terhadap pengeluaran, tetapi merupakan cara sederhana untuk menekan kapitalis.
2. Perwakilan Ramai pekerja harus menghadiri penyusulan tuntutan, sama ada di pejabat kapitalis atau agensi kerajaan berkenaan. Tindakan demikian juga tidak mengganggu pengeluaran kalau dibuat di luar waktu kerja, tetapi menekankan pihak berkenaan dengan lebih berkesan.Melalui tindakan bekerjasama dan pekerja menunjukkan sokongan kuat terhadap mereka.
3. Memperlahankan Kerja (Slowndown atau Go Slow)Tindakan demikian memperlahankan pengeluaran selagi tuntutan pekerja tidak dilayan. Perpaduan dan penyertaan ramai pekerja penting supaya kapitalis tidak dapat mengenal
akan mengurangkan untung kapitalis. Ia akan memaksa pihak kapitalis berbincang dengan pekerja serta menimbangkan tuntutan mereka.
4. Pemulauan (Boikot)Kalau pekerja enggan bekerja lebih masa (overtime) dan mengikut arahan dan rancangan kapitalis, majikan terpaksa menghadapi isu berkenaan dan mungkin akan menyerah. Tindakan demikian biasa dilakukan bila terdapatnya isu yang tidak dapat diselesaikan.
Pemulauan atau boikot tertentu tidak menganggu pengeluaran, contohya, keengganan menyertai sesuatu jamuan atau temasya.Tetapi permulauan kerja lebih masa pasti dapat mengurangkan pengeluaran.
5. “Walkout”“Walkout” adalah tindakan tiba-tiba di mana kerja dihentikan beramai-ramai oleh pekerja. Kilang menjadi lumpuh, dan jika tidak dijangka, kapitalis akan menghadapi tekanan yang berat.
6. Cuti Beramai-ramaiPermintaan ramai pekerja untuk cuti sakit/dan cuti kecemasan. Juga sangat berkesan jika disusun dan diselaraskan dengan baik.
Penting diingat mengikut bahawa undang-undang buruh di Malaysia.Jika pekerja tidak hadir untuk kerja lebih dari 48 jam, majikan berhak memecat pekerja berkenaan. Bagaimanapun, pekerja boleh menggunakan taktik “hit and run”, contohnya tidak hadir untuk satu hari, balik bekerja dan tidak hadir lagi.
7. PiketPerkumpulan pekerja beramai-ramai di luar tempat kerja atau tempat di mana berlakunya pertikaian (contohnya, ibu pejabat syarikat), dengan pelekat poster dan sepanduk, supaya dapat dilihat oleh orang ramai, untuk mendapat simpati dan sokongan oleh orang ramai.
8. Tunjuk perasaanTunjuk perasaan adalah perkumpulan beramai-ramai dengan pelekat poster dan sepanduk, yang menonjolkan isu buruh dan negara yang melibatkan mereka. Seperti tindakan lain, tunjuk perasaan boleh melibatkan ramai pekerja dan mendapat sokongan berbagai kelompok orang ramai.
Perpaduan
Kita boleh menggunakan kuasa yang ada pada komuniti atau seluruh industri untuk menentang majikan.Ia pernah berlaku dalam sejarah gerakan buruh kita, kita pernah lakukan perboikotan- barang pengguna-pengguna, permogokan simpati dll.
Pengentahuan tentang pengeluaran
Kita harus mengetahui bagaimana proses pengeluaran berlaku di dalam kilang. Pada hakikatnya, majikan hanya ada pengetahuan teori tentang proses pengeluaran tetapi pekerja-pekerjalah yang menpunyai pengetahuan proses yang praktis dan mendalam sekali.
Kadang-kadang kita boleh mengganggu pengeluaran dengan cara-cara yang tidak boleh dikesan oleh majikan. Kita boleh memilih masa untuk mengganggu proses pengeluaran. Khasnya, bila masa yang tidak baik untuk majikan (contohnya- bila ada tempahan yang besar yang mesti disiapkan dengan segera)
Propaganda
Semua kesatuan bukannya sama. Kadang-kadang majikan menubuhkan kesatuan mereka sendiri. Ada kalanya mereka jua menyerap ke dalam kesatuan-kesatuan itu yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja. Mereka berbuat demikian untuk mengelirukan dan memecah-belahkan perpaduan pekerja-pekerja dan melemahkan kesatuan.
Kesatuan yang serius yang berjuang untuk mengatasi penindasan dan eksploitasi adalah dipanggil “kesatuan progresif” ataupun “ kesatuan tulen”.
Pekerja-pekerja tidak akan memiliki kuasa kalau kesatuan sekerja mereka boleh dibeli oleh pihak kapitalis. Satu kesatuan yang “Progresif” ataupun “Tulin”, ia akan bersikap serius hendak berjuang sehabis-habisnya untuk mengatasi penindasan dan eksploitasi yang dihadapi oleh pekerja dan ahlinya. Kesatuan akan berusaha gigih untuk membina perpaduan, bertindak secara kolektif dan berdisplin bersama-sama semua pekerja demi keadilan untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan