PENDAHULUAN
Sistem perhubungan perusahaan di negara ini
beroperasi dalam rangka perundangan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan
Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan, 1980 yang terpakai seluruh Malaysia.
Tujuan Akta ini diwujudkan adalah untuk menetapkan dengan cara yang teratur
perhubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dan
mencegah serta menyelesai sebarang perselisihan atau pertikaian berbangkit dari
perhubungan mereka dan amnya untuk mengendali pertikaian perusahaan.
Akta ini menggantikan kesemua undang-undang perhubungan perusahaan yang terdahulu tetapi masih terus menggalakkan konsep demokrasi dan self-government in industry dengan menyediakan perlindungan untuk hak yang sah, prerogatif dan kepentingan golongan majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka disamping mempastikan agar pertikaian-pertikaian diselesaikan dengan cepat dan saksama supaya kepentingan awam dan negara tidak terjejas. Sinopsis Akta ini adalah seperti berikut:
Akta ini menggantikan kesemua undang-undang perhubungan perusahaan yang terdahulu tetapi masih terus menggalakkan konsep demokrasi dan self-government in industry dengan menyediakan perlindungan untuk hak yang sah, prerogatif dan kepentingan golongan majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka disamping mempastikan agar pertikaian-pertikaian diselesaikan dengan cepat dan saksama supaya kepentingan awam dan negara tidak terjejas. Sinopsis Akta ini adalah seperti berikut:
Bahagian I
Akta Perhubungan Perusahaan memberikan tafsiran
beberapa istilah yang digunakan. Antaranya yang penting ialah tafsiran mogok
yang di ertikan sebagai tindakan memberhentikan kerja yang dilakukan oleh
sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu, atau secara bersama-sama
enggan atau keengganan untuk terus bekerja atau untuk menerima pekerjaan di
bawah persefahaman bersama oleh bilangan pekerja, dan termasuklah apa-apa
tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak bersama atau di
bawah persefahaman bersama, yang dimaksudkan kepada atau menyebabkan apa-apa
had, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan perlakuan atau
perlaksanaan kesemua atau mana-mana bahagian tugas yang bersangkutan dengan
pekerjaan.
Bahagian II
Bahagian ini menjelaskan mengenai hak-hak
pekerja dan majikan dan kesatuan sekerja mereka dan larangan ke atas pekerja,
majikan serta kesatuan sekerja mereka berhubung beberapa tindakan tertentu
seperti aktiviti anti-kesatuan, penganiayaan dan lain-lain amalan perburuhan
yang tidak adil. Aduan mengenai perlanggaran sebarang peruntukan di bawah
Bahagian ini boleh di buat secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang boleh
mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk menyelesaikan aduan itu.
Sekiranya ia tidak selesai, beliau hendaklah memberitahu Menteri Sumber Manusia
yang akan merujukkan aduan itu ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan, jika
difikirkan wajar.
Di bawah Seksyen 6 Akta ini, majikan hendaklah
memberi kebenaran kepada pekerja bercuti untuk tempoh yang munasabah bagi
menjalankan tugasnya sebagai pegawai kesatuan sekerja; juga suatu kemestian bagi
majikan memberikan cuti bergaji jika ketidakhadiran pekerja itu adalah untuk
mewakili ahli-ahli kesatuan sekerjanya berhubung perkara-perkara yang berkaitan
dengan majikannya.
Bahagian III
Bahagian ini adalah berhubung soal
pengiktirafan kesatuan sekerja. Ia menetapkan prosedur asas yang perlu dipatuhi
dalam mengendalikan sesuatu tuntutan pengiktirafan. Sesebuah kesatuan sekerja
tidak boleh menuntut pengiktirafan berhubung pekerja-pekerja yang digajikan
dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan, sekiranya
majoriti dari keahliannya terdiri dari pekerja-pekerja yang bukan digajikan
dalam mana-mana kapasiti tersebut. Sekiranya tuntutan itu tidak diselesaikan,
perkara itu boleh dilaporkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang akan
mengambil langkah-langkah yang difikirkannya perlu untuk menyelesaikannya. Untuk
tujuan ini, beliau dibekalkan kuasa di bawah seksyen 9(4B) untuk meminta
kesatuan sekerja, majikan atau kesatuan sekerja majikan supaya mengemukakan
maklumat yang perlu dan beliau boleh juga meminta Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja supaya memutuskan isu kelayakan kesatuan sekerja itu mewakili
pekerja-pekerja berhubung tuntutan yang dibuat. Sekiranya perkara itu tidak
selesai, Ketua Pengarah hendaklah memaklumkan Menteri Sumber Manusia supaya
suatu keputusan dibuat. Keputusan ini termasuk suatu keputusan mengenai pekerja
yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau
keselamatan. Keputusan Menteri yang dibuat di bawah Bahagian ini adalah muktamad
dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Bahagian ini juga melarang :

Bahagian ini juga melarang kesatuan sekerja pekerja lain daripada membuat tuntutan pengiktirafan atau diberi pengiktirafan ke atas pekerja atau kelas pekerja yang sama sekiranya terdapat satu tuntutan pengiktirafan yang masih belum diselesaikan.
Bahagian IV
Bahagian ini menerangkan prosedur yang perlu
diikuti dalam mengemukakan tuntutan gaji dan Perundingan Kolektif (collective
bargaining) dan bentuk serta kandungan perjanjian kolektif.
Contohnya di bawah seksyen 13 (3), beberapa hak
tertentu mengikut common law seperti kenaikan pangkat, pertukaran, penggajian,
penamatan perkhidmatan atas sebab berlebihan pekerja atau penyusunan semula,
pembuangan dan pemulihan kerja, penyerahan (assignment) atau penguntukan tugas,
tidak boleh dimasukkan dalam cadangan-cadangan perjanjian kolektif oleh sebuah
kesatuan sekerja.
Bahagian ini juga mempunyai peruntukan untuk menggalakan latihan, semakan
tahunan sistem upah dan sistem gaji berdasrakan prestasi.Bahagian V
Bahagian ini juga menggalakkan rundingan secara
langsung antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dalam
menyelesaikan perselisihan. Peruntukan juga disediakan untuk menyelesaikan
pertikaian perusahaan melalui rundingan damai dan arbitrasi dengan cepat dan
saksama. Bahagian ini memperuntukkan :


Bahagian ini adalah mengenai rujukan pertikaian
perusahaan bagi pendamaian. Mana-mana pihak boleh membuat laporan kepada Ketua
Pengarah mengenai sebarang pertikaian perusahaan yang tidak dapat diselesaikan
antara mereka sendiri, untuk runding damai dan penyelesaian. Menteri pada
bila-bila masa boleh campurtangan dalam sesuatu pertikaian perusahaan mengikut
kehendaknya sendiri, jika difikirkan perlu. Bahagian ini juga memberi kuasa
kepada Ketua Pengarah untuk mengarahkan sesiapa juga yang terlibat atau ada
kaitan dengan pertikaian itu sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk
menghadiri mesyuarat runding damai dan untuk mengemukakan maklumat yang perlu
berhubung dengan perkara yang dipertikaikan. Bahagian ini juga menetapkan siapa
yang boleh mewakili pihak yang bertikai dalam prosiding runding damai. Seksyen
19(B)(2) bagaimanapun melarang perwakilan oleh peguambela, penasihat, perunding
atau mana-mana orang lain.
Bahagian VI
Bahagian ini memperuntukkan bahawa sekiranya
seseorang pekerja, tidak kira sama ada beliau menjadi ahli sebuah kesatuan
sekerja ataupun sebaliknya, menganggap dirinya telah dibuang kerja oleh majikan
tanpa sebab atau alasan yang adil, maka beliau boleh dalam tempoh enam puluh
(60) hari dari tarikh pembuangan kerjanya, membuat representasi (rayuan) secara
bertulis kepada Ketua Pengarah untuk dipulihkan ke pekerjaan asalnya. Sekiranya
representasinya masih tidak selesai selepas langkah yang difikirkan perlu atau
wajar untuk menyelesaikannya diambil oleh Ketua Pengarah, Menteri akan
dimaklumkan mengenainya. Menteri boleh, jika difikirkannya wajar, merujuk
perkara itu ke Mahkamah Perusahaan untuk diputuskan.
Bahagian VII
Bahagian ini khusus mengenai Mahkamah Perusahaan
secara terperinci. Terdapat juga peruntukan di mana:


Bahagian ini juga mengandungi peruntukkan bagi
Mahkamah Perusahaan apabila membuat award di bawah subseksyen 20(3) mengambil
kira faktor-faktor dalam Jadual Kedua.
Bahagian VIII
Bahagian ini adalah mengenai penubuhan dan
perjalanan sebuah Jawatankuasa Siasatan (Committee of Investigation) atau sebuah
Lembaga Siasatan (Board of Inquiry). Bahagian ini adalah untuk menangani isu
atau pertikaian yang tidak sesuai dikendali mengikut cara atau kaedah
penyelesaian yang lazim dan ia dianggap berguna dalam menggalakkan hubungan baik
majikan-pekerja. Menteri diberi kuasa untuk melantik sebuah Jawatankuasa yang
terdiri dari seorang anggota atau lebih seorang, ataupun sebuah Lembaga yang
terdiri dari seorang Pengerusi dan orang tertentu yang Menteri fikirkan sesuai,
untuk menyiasat fakta, sebab dan keadaan sesuatu pertikaian yang dirujuk ke
badan itu dan untuk mengemukakan laporan. Sesuatu laporan dari Lembaga Siasatan
perlu dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.
Bahagian IX
Bahagian ini adalah berkaitan pertikaian
perusahaan, piket, mogok dan lock-out dan perkara berbangkit darinya. Terdapat
peruntukan di mana pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertikaian
perusahaan dan mana-mana pelajar yang disabitkan kesalahan atau didapati
melakukan sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini boleh dibuang sekolah.
Bahagian ini juga menyebut bahawa intimidasi, dengan sengaja dan dengan niat
jahat yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas seseorang atau kerosakan
hartanya adalah menyalahi undang-undang dan pelakunya boleh dikenakan
hukuman.
Berpiket secara aman dan mengikut peraturan
kerana meneruskan sesuatu pertikaian perusahaan adalah dibenarkan di bawah
Bahagian ini asalkan tindakan berpiket itu dijalankan dekat atau berhampiran
dengan tempat pekerjaan bagi pekerja tersebut dan dimana pertikaian perusahaan
itu wujud. Ia akan menjadi haram apabila seseorang atau lebih dari seorang
menghadiri atau berada dekat tempat pekerjaan di mana seseorang pekerja itu
bekerja sekiranya dengan kehadiran sedemikian, disebabkan gaya atau bilangan
mereka, bertujuan untuk mengancam seseorang di tempat itu ataupun untuk
menghalang jalan keluar atau masuk atau untuk merosakkan keamanan. Seksyen 40
melarang piket dalam keadaan berikut :-



Bahagian ini juga mengenakan batasan tertentu ke
atas mogok dan lock-out dalam ‘perkhidmatan perlu. Pekerja-pekerja dalam
perkhidmatan perlu tidak boleh mogok dan majikan sedemikian tidak boleh
mengistihar lock-out tanpa memberi notis dalam tempoh 42 hari kepada pihak yang
satu lagi sebelum mengambil tindakan tersebut, dan dalam tempoh 21 hari dari
pemberian notis atau sebelum luput tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut.
Juga diwajibkan bagi majikan yang memberi atau menerima notis sedemikian untuk
melaporkan butir-butir yang terdapat dalam notis tersebut kepada Ketua Pengarah.
Seksyen 44 melarang mogok atau lock-out dalam keadaan berikut :-





Mogok atau lock-out yang diistiharkan
bertentangan dengan Bahagian ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain,
atau ia mempunyai sebarang objek selain dari meneruskan pertikaian perusahaan
antara pekerja dan majikan berkenaan, adalah haram. Adalah juga menjadi satu
kesalahan bagi mana-mana orang memberi bantuan kewangan secara langsung bagi
meneruskan atau menyokong sebarang mogok atau lock-out yang haram.
Kesalahan-kesalahan di bawah Bahagian ini adalah kesalahan yang boleh ditangkap
dan tidak dibenarkan ikat-jamin. Di bawah seksyen 52, dinyatakan bawah Bahagian
II, III, IV, V dan VI iaitu bahagian yang berhubung dengan Perlindungan Hak
Pekerja, Majikan dan Kesatuan Sekerja mereka, Pengiktirafan dan Skop Perwakilan
Kesatuan Sekerja, Perundingan Kolektif dan Perjanjian Kolektif, Runding Damai
dan Representasi Terhadap Pembuangan Kerja adalah tidak terpakai kepada
mana-mana perkhidmatan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun atau kepada
mana-mana pekerja yang digaji oleh mereka.
Bahagian IXA
Bahagian ini memperuntukkan perkara-perkara
khusus yang berhubungan dengan penyiasatan dan pendakwaan. Antara peruntukkan
yang ada dalam bahagian ini ialh kuas perlantikan Pegawai Penyiasat dan
kuasa-kuasanya.
Bahagian X
Bahagian ini mengandungi peruntukan pelbagai yang
antara lain, berkaitan dengan prosedur yang perlu diikuti dalam kes
ketidakpatuhan award atau perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah
Perusahaan, penguatkuasaan perintah-perintah yang berikutan darinya dan penalti
am kerana pelanggaran seksyen tertentu Akta.
Pelanggaran seksyen 59 menjadikan ia satu
kesalahan untuk memecat pekerja atau mencederakan atau mengancam untuk
mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubak
kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab hal-keadaan tertentu.
Majikan yang melanggar mana-mana peruntukan
subseksyen ini adalah melakukkan kesalahan dan apabila disabitkan, dihukum
penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu
ringgit atau kedua-duanya.
Keharmonian Perusahaan tidak boleh dikendalikan
tanpa peranan dua undang-undang penting iaitu Akta Kerja 1955 dan Akta Kesatuan
Sekerja 1959. Bersama-sama dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ia menjadi
ssas bagi sistem Perhubungan Perusahaan di Malaysia.
Nota:
Industrial Relations Act 1967 (ACT 177) & Regulations boleh didapati dari:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.
Tel : 603-92212022
atau Kedai buku utama di Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan