Hak Milik - Mereka memiliki kilang, bahan-bahan dsb. Ini bermakna bahawa mereka boleh memutuskan sama ada mahu membuka atau menutup kilangnya. Mereka juga boleh membuat semua keputusan mengenai pesanan, jualan, pengeluaran dsb.
Mereka mengambil dan membuang pekerja – Ini memberikan kuasa yang luas buat mereka. Kita boleh menyekatnya sedikit melalui undang-undang atau degan aksi/tindakan akan tetapi adalah sukar bagi kita untuk menyekat mereka dari membuang pekerja secara beramai-ramai atau memberhentikan jika kita mereka tahu.
Kemahiran – Mereka telah menjalani proses pendidikan dan latihan yang cukup lama jika dibanding dengan kita. Ini adalah kerana mereka mempunyai cukup wang untuk mendapatkan latihan yang mereka tahu.
Media – Para majikan cuba untuk menguasai kita melalui idea dan fikiran . Mereka menggunakan kekayaannya untuk menguasai media massa seperti TV dan akhbar. Dengan demikian mereka dapat teruskan apa yang sepatutya kita baca dan tonton. Apabila kita mengambil tindakan perusahaan terhadap mereka, mereka akan dapatkan media untuk mengkritik kita dengan tujuan masyarakat tidak akan menyokong kita.
Pengetahuan mengenai Syarikat - Mereka mengetahui dengan mendalam mengenai syarikat di mana kita mengetahui, sebagai contoh kewangan, rancangan masa depan dsb. Ini bermakna bahawa mereka boleh selalu membuat keputusan-keputusan yang mengejutkan kita yang tentunya keputusan ini tidak kita gemari.
Undang-Undang – Undang-Undang adalah menyebelah kepada para majikan dan tidak menyebelahi kita
Polis – Polis sering bersedia untuk digunakan oleh majikan dalam menentang pekerja ini dengan mudah dapat kita lihat apabila kita mengadakan piket.
Tindakan “penutupan pintu” (lock-out) - Ini adalah tindakan majikan yang sama dengan mogok yang dilakukan oleh majikan dalam menentang kita. Mereka boleh menegah kita dari masuk ke dalam kilang sehingga kita menerima tuntutan-tuntutan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan