Khamis, 3 Januari 2013

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA-ANGGOTA



1) Setiap anggota hendaklah menjelaskan yurannya menepati masa dan
mendapatkan resit rasmi bagi bayarannya itu. Pembayaran yuran bulanan
dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menjadi tanggungjawab setiap
anggota dan bukannya tanggungjawab pegawai-pegawai Kesatuan.

2) Setiap anggota hendaklah memberitahu Setiausaha dengan segera apabila
berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja.

3) Seseorang anggota yang menghadiri mesyuarat Kesatuan atau
menggunakan pejabat Kesatuan hendaklah berkelakuan baik, jika tidak ia
akan diarah keluar oleh seorang pegawai Kesatuan yang
bertanggungjawab.

4) Seseorang anggota tidak boleh mengeluarkan  sebarang dokumen atau
surat pekeliling tentang Kesatuan tanpa mendapat kelulusan Majlis
Jawatankuasa Kerja.

5) Seseorang anggota tidak boleh mendedahkan sebarang hal tentang
kegiatan Kesatuan kepada orang yang bukan anggota atau kepada
pertubuhan lain atau pihak akhbar tanpa mendapat izin Majlis
Jawatankuasa Kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan